SOHO – SMALL OFFICE HOME OFFICE

Soho ni apa? SoHo ni singkatan dari Small Office Home Office.  SOHO ni mula glemer sejak ada WAHM (Work-at-Home-Mom) dan WAHD (Work-at-home-dad). Apa pulak tu ye. Bahasa Melayunya

Soho ni apa?

SoHo ni singkatan dari Small Office Home Office.  SOHO ni mula glemer sejak ada WAHM (Work-at-Home-Mom) dan WAHD (Work-at-home-dad). Apa pulak tu ye. Bahasa Melayunya Ibu-yang-bekerja-dari-rumah atau Ayah-bekerja-dari-rumah. SOHO ni secara ringkasnya adalah ofis yang ada di dalam rumah sendiri. Maksudnya kalau bekerja dari rumah, ada pejabat sendiri di dalam rumah tersebut.

Sedikit ruang di mini library rumah saya.

Ni SOHO saya kat rumah. SOHO yang ringkas tapi saya pastikan ada ada beberapa peralatan wajib seperti computer atau laptop, printer dan papan tulis/ notice board. Kalau ada meja khas lagi cun tapi kalau takde pun, bukanlah masalah besar. Macam saya, meja computer ni memang sejak dari awal bekerja lagi maka saya teruskan je lah guna selagi ia boleh digunakan

Untuk SOHO, perlu ada satu ruangan khas.  Sebabnya kat situlah kita nak duduk membuat kerja dan fokus pada kerja yang kita tengah buat tu. Sebaiknya SOHO kita ni tetap pada satu tempat sahaja. Ia bukan sahaja nampak kemas tetapi lebih sistematik. Namun ada juga mereka yang sukakan mobiliti. Ada orang minggu ni sohonya di ruang tamu, minggu depan di bilik tidur, minggu lagi satu di dapur. Terserah pada keselesaan individu,tapi saya sendiri suka bilik khas. Sebabnya bila ada bilik khas, sebab senang nak buat system pemfailan (filing), senang nak letak poster atau frame motivasi, nak letak rak buku dan buku berkaitan bisnes pun mudah jika ada ruang khas ini. Selain dari tu, apa jua item berkaitan bisnes pun mudah diletakkan di ruang khas yang kita dah rancang nak buat SOHO kita tu. Macam alat tulis, beg plastic untuk pos, bubble wrap dan cop syarikat pun mudah disusun setempat (bab ni kalau SOHO  merata memang mudah cicir la kan)

Kalau korang nak tahu, kat SOHO ni jugak,saya  letak target bisnes tahunan, bulanan serta Papan Visi saya. Ada satu papan khas untuk saya kembali semak  pencapaian bisnes saya setiap bulan. Kat sini jugaklah rekod berkaitan bisnes disimpan. Memandangkan saya bermula dengan agak caca merba beberapa tahun sebelum ini, maka 2019 menjadi azam saya untuk menjadikan ruang SOHO berfungsi sepenuhnya seperti ruang pejabat rasmi.

SOHO idaman saya. Nampak kemas dan eksklusif kan

Sebenarnya memang salah satu impian saya adalah untuk mempunyai ruang SOHO khas bila kami berpindah ke rumah yang baru. Alhamdulillah en suami memahami hasrat saya ni dan Alhamdulillah dapat lah juga 1 bilik walaupun belum sesempurna SOHO orang lain. Sebenarnya SOHO saya ni berkongsi sekali dengan mini library dan bilik belajar anak-anak. Kiranya bilik pelbagai guna juga lah.

Penting ke sebenarnya ada SOHO ni?

Kepentingan SOHO

Sedikit pencerahan mengenai SOHO dipetik dari ebook 101 Idea Home-Based Bisnes tulisan pn Masayu

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.

Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.

Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.

Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Contoh SOHO yang ada

Bila trend SOHO bermula?

Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan

Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.

 Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

Jadinya, pada zaman sekarang di mana suri rumah pun kebanyakan dah bekerjaya atau berniaga dari rumah, maka SOHO bukanlah perkara asing lagi. Malah dari SOHO para suri rumah inilah, pendapatan yang lumayan boleh dihasilkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge