Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

9 Cara Mengatasi Anak Mengamuk dan Tantrum Duduk Dalam Car Seat

Anak usia 2 tahun antara peringkat umur yang sukar difahami oleh ayah dan ibu. Menurut ahli paediatrik, Dr Greene, walaupun ramai yang mengaitkan fasa ini sebagai ‘terrible two’, beliau lebih suka menggelarnya

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat
Ceria bila bersiap nak ajak berjalan

Anak usia 2 tahun antara peringkat umur yang sukar difahami oleh ayah dan ibu. Menurut ahli paediatrik, Dr Greene, walaupun ramai yang mengaitkan fasa ini sebagai ‘terrible two’, beliau lebih suka menggelarnya sebagai ‘peringkat keremajaan pertama’. Tempoh ini pada umumnya akan bermula pada sekitar usia 1 setengah tahun hingga 3 tahun. Seperti remaja, perkembangan anak 2 tahun ini tentunya mengujakan, namun ada kalanya mengelirukan, mencabar, dan mengejutkan.

Dalam kebanyakan kes, ramai mak dan ayah yang mengadu anak mereka kerap tantrum dan mengamuk terutamanya bila letak  dalam carseat. Artikel  ni memang fokus kepada bagaimana nak berhadapan dengan isu anak yang meragam apabila diletakkan dalam carseat.

Tenang, Tenang & Tenangkan Diri Anda

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Perkara pertama kena buat, anda WAJIB TENANGKAN DIRI ANDA.
Biasanya memang kita akan rasa tertekan dan malu apabila anak asyik menangis, tantrum dan mengamuk dalam kereta. Tambahan pula dengan banyak mata merenung anda di kiri kanan.

Rasa kasihan dan sedih juga melihatkan anak dalam kereta sudah bengkak mata. Apa yang boleh anda buat, tarik nafas panjang dan fokuskan pada keselamatan anak anda. Itu lebih penting. Meletakkan anak dalam car seat adalah perkara yang betul. Jadi anda telahpun membuat keputusan yang betul. Yang penting, kawal emosi supaya pemanduan anda tidak terjejas sehingga selamat sampai ke destinasi.

Periksa Keselesaan Anak

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Pemilihan car seat yang sesuai turut mempengaruhi keselesaan si kecil dalam car seat.
Mungkin ada yang tidak kena dengan ‘car seat’. Adakah materialnya mudah panas atau kasar hingga menyebabkan anak tidak selesa. Atau mungkin kedudukannya terdedah dengan pancaran cahaya matahari terik.
Pastikan anda memilih car seat yang bersesuaian untuk mengelakkan anak anda tantrum sepanjang mereka duduk dalam car seat.

Dengarkan Ayat AL-Quran (untukMuslim) atau Muzik Yang Menenangkan

Amalkan mendengar ayat Al-Quran atau muzik yang tenang dalam kereta kerana anak akan merasa tenang dan lembut hati. Mungkin awal perjalanan, anak masih tantrum dan mengamuk namun inshaaAllah lama-kelamaan, pasti anak akan tenang dan berhenti meragam. Bukan anak sahaja, anda sendiri pun akan merasa damai sewaktu memandu.

Pemilihan muzik yang tenang sangat membantu melegakan emosi si manja anda. Selain itu, dengan muzik yang tenang, secara tak langsung membina daya kreativiti mereka. Lagipun pada usia begini, mereka memang sangat gemarkan bunyian dan nyanyian.

Fikirkan Ianya Hanya Sementara

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Memang kerenah anak-anak berbeza setiap satunya sewaktu mengalami fasa pembesaran. Dan biasanya anak yang tantrum bila duduk dalam car seat ini akan mengalami perubahan apabila semakin membesar. Tak mustahil, nanti dia yang asyik paksa kita drive dia ke mana sahaja!

Julat usia antara 1 tahun setengah hingga 4 tahun ni memang sangat mencabar untuk dikendalikan. Ibu dan ayah perlu kreatif dalam mengendalikan mereka terutamanya bab emosi kerana fasa ini mereka sering keliru dengan emosi mereka sendiri. Ibu dan ayah perlu sentiasa merespon dalam setiap tindakan mereka. Dari sini, mereka belajar nak mengawal emosi dengan lebih baik.

Minta Bantuan Anak-anak Lain Untuk Memujuk

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Anda boleh harapkan anak-anak yang lain untuk membantu menenangkan adik mereka yang meragam. Biasanya kehadiran abang dan kakak di sisi, dapat mengurangkan ketegangan dalam kereta.

Abang dan kakak biasanya lebih kreatif dalam melayan si adik yang sedang tantrum. Pelbagai aktiviti seperti meniru suara abang dan kakak, menyanyi bersama-sama serta membaca bersama abang dan kakak boleh mengurangkan tekanan si manja. Di samping dapa mengeratkan lagi hubungan sesame adik beradik.

Sapukan Balm CalmTime

Balm Calmtime dari Tasneem Naturel. Balm Calmtime memang dirumus khas untuk masalah anak kecil yang senang tantrum dan mengamuk. Pati minyak lavender dalam balm Calmtime membantu memberi mood yang tenang buat si kecil sepanjang berada dalam car seat.

Balm Calmtime memang dirumus khas untuk masalah anak kecil yang senang tantrum dan mengamuk. Pati minyak lavender dalam balm Calmtime membantu memberi mood yang tenang buat si kecil sepanjang berada dalam car seat.

Bawa Permainan Atau Barang Kesukaannya

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Apabila anda membawa bersama barang kegemarannya, ia boleh mengalih perhatiannya kepada barang tersebut daripada terus menangis.Buku yang berwarna-warni atau boleh berbunyi ketika dipicit mungkin alternatif yang sesuai untuk dibawa.

Permainan seperti anak patung, kenderaan kecil mahupun puzzle juga boleh membantu melekakan si kecil. Ia juga membantu menenangkan emosi si kecil yang sedang marah kerana tak boleh bergerak aktif di dalam “car-seat”.

Letakkan Cermin di Belakang Kereta

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Dengan ini anda boleh periksa keadaan anak setiap masa tanpa perlu menoleh ke belakang dengan kerap untuk mengelakkan fokus anda terjejas. Si kecil juga sebenarnya tertarik dengan imej dalam cermin. Secara tak langsung, ia adalah salah satu teknik pengalihan (diversion) yang sesuai dan efektif.

Dan ibu ayah juga boleh memberi si kecil anda cermin untuk mereka bermain. Anak kecil sangat teruja bermain dengan cermin sebenarnya. Depan cermin, mereka boleh belajar kemahiran berinteraksi dengan lebih baik. Dengan tindakbalas ibu ayah seperti membuat mimik muka dan bunyi-bunyian, membantu kemahiran interaksi mereka menjadi lebih baik.

Pasangkan Pemain DVD

Cara atasi anak mengamuk dan tantrum dalam car seat

Ini biasanya membantu mengalih perhatian bayi daripada terus menangis dalam kereta. Pasang cerita kegemarannya agar dia leka. Tahu-tahu sudah tiba ke destinasi.

Diharapkan ayah dan ibu akan mendapatkan manfaat apabila membaca artikel ini.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

wannur.com

Anda juga boleh klik sahaja icon ini untuk pembelian terus secara online

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge