Manfaat Tidur untuk Anak Bawah 5 Tahun

Manfaat Tidur untuk Anak Bawah 5 Tahun

Tidur pada waktu malam bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, tetapi juga baik untuk perkembangan kanak-kanak dan bayi dari segi fizikal dan mental. Apabila tidur, organ-organ badan bekerja

Tidur pada waktu malam bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, tetapi juga baik untuk perkembangan kanak-kanak dan bayi dari segi fizikal dan mental. Apabila tidur, organ-organ badan bekerja untuk membaharui sel-sel badan yang rosak oleh pengaruh persekitaran. Pada masa yang sama badan bayi akan berkembang dan berkembang ketika dia sedang tidur.

Manfaat tidur untuk anak bawah 5 tahun
Lena si kecil dalam pelukan ayah

Otak bayi memerlukan masa untuk memproses semua perkara yang mereka lakukan, lihat dan belajar sepanjang hari. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan lebih bertindakbalas dengan persekitaran di sekeliling mereka. Mereka juga lebih berjaga-jaga, lebih fokus dan mesra, terutama dengan orang dewasa yang mereka kenali. Selain itu, tidur yang cukup dapat menaikkan mood yang lebih baik pada bayi, meningkatkan rasa ingin tahu dan aktif untuk lebih banyak bermain.

Manfaat tidur untuk anak bawah 5 tahun

Kita selalu risaukan anak-anak kecil yang 5 tahun ke bawah tak nak tidur siang kan. Tapi betul ke memang ada keperluan untuk mereka tidur siang. Jemput baca artikel yang saya dah terjemahkan di bawah ye.

Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:

Berapa Lamakah Tidur Diperlukan?

Manfaat tidur untuk anak bawah 5 tahun

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-18 jam

Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.

1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.

4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Ketika ini, anda harus cuba membentuk tabiat tidur yang sihat bagi anak anda. Biasanya dia akan tidur sekejap 3 kali pada waktu siang, dan berkurangan menjadi dua kali apabila berumur 6 bulan. Masa tidur siang hendaklah selama satu atau dua jam dan bayi anda boleh tidur pada sebelah pagi (sekitar 9.00 pagi), tengah hari (sekitar 2.00 petang), dan petang (di antara 3-5 petang). Menjelang umur 6 bulan, bayi anda harus tidur terus menerus pada sebelah malam.

Manfaat tidur untuk anak bawah 5 tahun
Suka tengok baby tidur lena

1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam

Masa tidur tengah hari boleh dikurangkan menjadi 1-3½ jam. Bayi anda hendaklah tidur pada pukul 9 malam dan bangun pagi di antara pukul 6-8 pagi.

3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam

Bergantung kepada anak anda, tidur siang mungkin tidak diperlukan. Sekiranya dia masih mahu/perlu tidur siang, biarkan dia tidur sekejap sahaja. Kekalkan waktu tidur malam/bangun pagi yang sama.

Manfaat Tidur untuk Anak Bawah 5 Tahun
Sambil tidur pun boleh bergaya lagi

Sebagai ibu bapa anda perlu sedar bahawa anak anda perlu tidur secukupnya. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, membantunya membentuk tabiat tidur yang baik adalah agak mencabar pada peringkat permulaan. Namun begitu, anda akan berpuas hati kerana meluangkan masa melakukan perkara yang betul memandangkan manfaat tidur akan terus dibawa ke alam dewasa. Kepentingan tidur yang mencukupi tidak harus diambil ringan.

Manfaat tidur untuk anak bawah 5 tahun
Minyak cedar turut ada dalam balm Sleeptime

Namun kadangkala agak sukar nak membentuk pola tidur yang tetap. Balm Sleeptime dari Tasneem Naturel boleh membantu bayi dan anak anda mengatasi masalah ini. Minyak pokok cedar yang berfungsi untuk menyeimbangkan hormon sedar dan jaga adalah salah satu bahan yang terdapat dalam Balm Sleeptime ini.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

Anda juga boleh klik sahaja icon ini untuk pembelian terus secara online

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge