Tips Turunkan Suhu Demam Anak

Anak demam macam mana nak buat? Dengan cuaca yang panas sekarang ni, memang mudah anak-anak kita ni kena demam. Lagi lah bila kurang minum air, badan jadi dehidrasi

Anak demam macam mana nak buat?

Dengan cuaca yang panas sekarang ni, memang mudah anak-anak kita ni kena demam. Lagi lah bila kurang minum air, badan jadi dehidrasi dan panas badan mula menjelma. Demam ni bukan sahaja anak-anak malah kita yang dewasa ni pun mudah kena. Tapi sebenarnya DEMAM ni apa?

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Suhu Badan Anak Demam

Cara untuk tahu bayi anda demam, ialah rasa panas di bahagian dahi, leher, belakang, dan perut apabila disentuh. Pipi bayi mungkin akan kelihatan merah dan kadang-kadang si kecil akan mula berpeluh.

Julat suhu normal bayi apabila disukat melalui rektum, adalah di antara 36.6 – 37°C. Suhu demam pula adalah suhu yang melebihi 38 °C.

Ibu bapa perlu berhati-hati jika suhu badan bayi mencecah:

  1. 38 °C untuk bayi di bawah 3 bulan
  2. 39 °C dan ke atas, untuk bayi berumur 3 – 6 bulan

Jika ini berlaku, ibu bapa perlu menghubungi pakar kanak-kanak atau doktor dengan segera.

Faktor Penyebab/ Punca Anak Demam:

tips turunkan suhu demam anak
Hah ni gambaran kuman penyebab demam
  • Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
  • Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
  • Demam malaria/denggi/HIV
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

Kebiasaannya jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi dalam badan kita berjaya menangani jangkitan. Walaupun begitu pemantauan terhadap suhu anak yang demam harus dilakukan dengan kerap untuk mengelakkan ia naik melampau.

4 Petua Kurangkan Suhu Demam Anak Guna Barang Di Dapur

Sekarang ni ada bermacam petua sebenarnya nak turunkan suhu demam. Kalini kaklong nak kongsikan 4 petua yang boleh korang cuba jika anak korang demam. Meh kaklong senaraikan ye:

  • Telur rebus.

    Caranya, basuh telur sampai bersih dan rebuskan sehingga masak/ keras. Selepas rebus, kupas telur tu sehingga bersih. Hati-hati ye sebab telur masih panas. Kemudian, ambil kain dan balutkan telur tersebut. Pastikan kepanasan telur tu sesuai untuk anak korang ye. Ambil balutan kain dan telur tersebut, dan golekkan pada seluruh badan anak korang.

    Biasanya bila dipotong bahagian putih telur, akan kelihatan kuning telur yang menggerutu. Telur rebus dikatakan dapat memindahkan haba panas tubuh ke telur.
  • Asam Jawa

    Ambil segenggam asam jawa dan campurkan dengan air. Buat bancuhan pekat-pekat. Selepas bancuhan siap, boleh lumurkan bancuhan air asam jawa pada kepala dan seluruh badan anak korang. Masa kecik, memang ni lah cara jerluman mak ayah kaklong. Kami dah terbiasa dengan cara ni.
  • Bawang merah dan putih

    Bakar bawang bersama dengan kulit kemudian ketukkan sedikit supaya bawang tersebut merekah dan oleskan bersama minyak bayi (baby oil) di bahagian dada, tapak kaki, pangkal hidung atau betis anak korang.

    Bawang merah mempunyai sifat antiseptik dan berkesan meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga boleh dihiris dan diletakkan di bahagian penjuru bilik. Cuma kena tahan baunya sahaja.
  • Rebusan air barli

    Yang ni antara kegemaran kaklong. Bila demam, mak kaklong selalu rebus barli ni. Tak perlu tambah gula. Rasa air rebusan barli itu pun dah cukup nak menaikkan selera anak yang tengah demam. Ye lah, orang demam, nak makan pun takde selera kan.

    Bagusnya air rebusan barli ni ialah ia membantu menghidratkan badan dan suhu badan lebih mudah turun.

8 Tips Menurunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

tips turunkan suhu demam anak
Rasa suhu badan anak

Kalau di atas tadi kaklong kongsikan tips untuk anak demam dengan menggunakan barangan dari dapur kita sahaja. Yang ni adalah tips yang kaklong perolehi dari sumber medikal pula. Jemput baca perkongsian ni ye:

  • Pastikan anak hanya mengalami demam yang ringan (di bawah suhu 38C) dan tanpa komplikasi seperti muntah atau cirit birit.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup atau bubur. Ia lebih mudah hadam selain dari mengandungi cecair yang membantu mengekalkan badan hidrasi. Jumlah cecair dalam badan turut mempengaruhi suhu demam anak.
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam. Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana semasa pelajaran Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
tips turunkan suhu demam anak
Buah-buahan kaya dengan jus/air serta vitamin C
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan. Pengambilan jus buah ketika ini amat digalakkan. Kandungan vitamin C serta mineral di dalam jus buah membantu dalam meningkatkan sistem imuniti si kecil. Secara tak langsung ia membantu menurunkan suhu demam anak.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan. Udara yang terkuap akan menambah haba dan meningkatkan suhu demam anak tersebut. Sebaiknya pakai pakaian yang nipis seperti t shirt kain kapas yang longgar. Ia memberi pengudaraan yang lebih baik.
  • Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan. Orang tua-tua dulu biasanya akan rendamkan sekali asam jawa atau menggunakan daun bunga raya putih. 

  • Jika di rumah ada pendingin hawa, pasangkan supaya suhu di dalam rumah atau bilik terkawal dan sejuk. Secara tak langsung ia turut membantu proses penyembuhan demam anak kecil tu tadi.
  • Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru, jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Rawatan Anak Demam Menggunakan Balm CF Rub dan Mandian CF-Bath Tasneem Naturel

Alhamdulillah sejak mengenali Tasneem Naturel, kaklong makin jatuh hati dengan produk mereka. Terutamanya Balm CF Rub ni tau. Ia bukan sahaja untuk masalah batuk dan selsema malah anak kecil yang demam pun sangat sesuai untuk menggunakan Balm CF Rub ni.

Cara nak menggunakan Balm CF Rub ni adalah seperti di bawah:

a) Menyapu Balm CF Rub di bahagian pelipat dan sendi anggota badan.
b) Boleh juga disapu pada tapak kaki dan diurut lembut.

Balm CF Rub mengandungi minyak Tea Tree yang bersifat antibiotik dan minyak lemon yang boleh mengurangkan suhu yang panas pada badan. Mudah je kan bila dah tau fungsi dan kegunaan Balm CF Rub ni.

Sekarang ni pun Tasneem Naturel dah keluarkan produk terkini iaitu CF Bath. Ramuan yang sama seperti Balm CF Rub tetapi ia dalam bentuk mandian. Lebih mudah sebab CF Bath ni hanya sapukan pada seluruh badan dan biarkan sebelum dibilas. Nak jerlum dan rendam sebentar anak yang demam dengan CF Bath ni pun boleh. Mudah sebab dalam CF Bath dah ada lemon. Tak perlulah nak potong-potong lemon lagi dalam mandian anak tu.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa testimoni Balm CF Rub dan juga mandian CF Bath untuk rujukan korang yang membaca artikel ini.

Testimoni Balm CF Rub

tips turunkan suhu demam anak
Alhamdulillah ok demamnya. Biasanya tak pakai balm ni, batuk dia teruk sangat, kahak dia banyak. Bila pakai, takde batuk dah. 1 hari pakai dah nampak perubahan

Pagi ni anak akak 37.2 dari 38.6. Akak sapu Tasneem CF Rub sahaja satu hari. 1st time guna balm CF ni.

Testimoni CF Bath

Semoga apa yang dikongsi disini dapat dipraktikkan bersama. Biasanya pengalaman saya sendiri, kalau demam dedar, tak perlu ubat demam namun ibu kene rajin pantau suhu badan anak. Selalu basahkan badan anak untuk pastikan suhu badan yang demam tu turun. Ubat hanya diberikan jika suhu melebihi 38C.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge