jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak

Jigsaw Puzzle Aktiviti Untuk Kanak-kanak

Masa kecik-kecik dulu, dapat beli permainan memang cukup gembira. Ye lahkan, budak-budak memang fokusnya bermain je la. Biasanya zaman saya kecik-kecik main pondok-pondok, guna tempurung untuk masak, amik

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak
Ternganga dapat mainan baru

Masa kecik-kecik dulu, dapat beli permainan memang cukup gembira. Ye lahkan, budak-budak memang fokusnya bermain je la. Biasanya zaman saya kecik-kecik main pondok-pondok, guna tempurung untuk masak, amik daun jadikan sayur hehehe. Ada masa jemu main pondok-pondok, tukar main getah zero point pula. Kalau masa tu musim main batu seremban, gigihlah juga cari batu kerikil kecik-kecik. Tapi tu zaman kita dulu. Zaman sekarang macam-macam jenis permainan ada kat pasaran. Dari yang murah hingga lah yang ke harga ribuan ringgit.

Biasanya kita buntu kan apa permainan yang boleh dibelikan untuk si kecil kita. Kekadang tu rasa macam membazir pun ada. Ye lah, lepas bermain, tak kemas, permainan jadi bersepah dan hilang. Jangan risau mak ayah. Sebenarnya dalam bermain, anak-anak sedang belajar sesuatu juga. Antara permainan yang kita boleh hadiahkan buat anak kecil kita adalah Jigsaw Puzzle.

Jadi hari ni saya nak kongsikan 5 kebaikan bermain permainan JIGSAW PUZZLE ni dengan semua pembaca. Semoga mendapat manfaatnya ye.

5 Manfaat Permainan Jigsaw Puzzle.

1. Penyelesaian masalah.

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak

Sepanjang tempoh menyiapkan jigsaw puzzle, anak-anak akan belajar berfikir dan menyusun strategi untuk menyelesaikan set tersebut. Proses ini melibatkan proses penyelesaian masalah. Bagaimana nak letakkan kepingan demi kepingan yang sesuai dan tersusun. Latihan sebegini secara tak langsung boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

2. Koordinasi tangan dan mata.

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak

Ketika memegang setiap kepingan. Mata akan memerhati bentuk kepingan puzzle dan pada masa yang sama tangan cuba meletak pada tempat yang betul. Proses ‘trial and error’ (cuba jaya) yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak pergerakan tangan dan mata.Jadi secara tak langsung koordinasi antara tangan dan mata akan seiring.

3. Merangsang kemahiran kognitif.

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak
Pelbagai jenis tema untuk puzzle

Jigsaw Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kepelbagaian puzzle ini boleh membantu anak-anak memahami dengan lebih mendalam tema dan topik puzzle tersebut. Semasa bermain puzzle ini, ibu bapa boleh bercerita tentang topik yang berkaitan juga.

4. Kemahiran sosial.

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak

Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, anak-anak akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan bilamana puzzle dapat disiapkan.Saling interaksi ini membantu mengukuhkan kemahiran sosial serta meningkatkan kemahiran bernegosiasi serta komunikasi yang berkesan.

5. Perkembangan motor halus.

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak

Motor halus merangkumi pergerakan tangan, pergelangan tangan serta jari. Ketika bermain puzzle, anak-anak akan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai. Justeru motor halus mereka bergerak aktif.

Sebab itulah bila je Tasneem Naturel mengeluarkan kempen promosi belian yang ada free gift PUZZLE OMAR HANA, saya memang teruja. Memang sesuai sangat untuk anak-anak kecil yang memang pengguna Balm Tasneem Naturel ni.

jigsaw puzzle aktiviti kanak-kanak

Puzzle Omar Hana ini ringkas saja. Ada 9 kepingan dan senang disiapkan kerana gambar lengkap turut disertakan di bahagian bawah puzzle.

Puzzle jenis ini juga sesuai dimainkan di peringkat awal pengenalan permainan puzzle pada kanak-kanak. Saiznya besar dan tebal. Ditambah pula dengan gambar Omar Hana yang berwarna-warni. Pasti memikat hati kanak-kanak kan?

Setiap pembelian 2 produk Tasneem Naturel, anda layak untuk dapatkan puzzle Omar Hana secara percuma.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

wannur.com

Anda juga boleh klik sahaja icon ini untuk pembelian terus secara online

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge