tips-potty-training-waktu-malam

9 Tips Potty Training Waktu Malam

Anak saya yang kedua memang ada masalah kencing malam. Sehingga beliau berusia 9 tahun masih lagi memerlukan lampin pakai buang pada waktu malam. Memang renyah dan beliau sendiri

Anak saya yang kedua memang ada masalah kencing malam. Sehingga beliau berusia 9 tahun masih lagi memerlukan lampin pakai buang pada waktu malam. Memang renyah dan beliau sendiri rasa malu tapi kami dah cuba beberapa method namun nampaknya tak berkesudahan.

tips-potty-training-waktu-malam

Sehinggalah saya mula membaca Buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna karya Adlil Rajiah dan Najmi Haniffah. Ada 1 topik menceritakan tips bagaimana nak atasi masalah kencing malam ni. Alhamdulillah saya menggunakan beberapa tips di dalam buku ini dan syukur sangat nampak hasil yang menggembirakan. Kini masalah kencing malam anak saya dah selesai.

Disebabkan itulah, saya nak berkongsi 9 Tips Potty Training Waktu Malam buat ibu ayah di luar sana yang mempunyai masalah yang sama seperti saya. Moga dengan perkongsian ini membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Tips 1

Perhatikan rutin anak tidur waktu malam

tips-potty-training-waktu-malam

Pemerhatian perlu dilakukan dengan melihat kekerapan anak kencing di diapers, waktu yang dia kerap kencing, apa faktor yang mendorong dia kencing di diapers.

Contohnya, mungkin jika minum susu 2 botol, anak akan kencing tengah malam. Atau jika pakai baju lengan panjang dan tak menyusu malam dia tak kencing. Atau buka kipas tak kencing tapi buka aircond akan kencing. Ni semua kena diperhatikan sekurangnya 2 minggu. Nak kenalpasti ni mak ayah kenalah bangun dan periksa anak tu.

Tips 2 

Persediaan alas tilam kalis air.

tips-potty-training-waktu-malam

Masa kita kecil, ingat tak mak ayah ada alaskan tilam tidur dengan sekeping plastik. Plastik alas meja yang bercorak mahupun tiada corak. Ni antara salah satu langkah nak elakkan berlakunya kejadian terlajak kencing.

Terlajak kencing di atas tilam untuk anak yang sedang potty training memang lumrah. Adakala setiap malam. Namun selepas beberapa ketika, kekerapan berkurang. Jadi sebelum mak ayah naik menyinga nak menyental tilam, apa kata sediakan dulu alas/ lapik tilam yang kalis air. Lebih mudah dibersihkan bukan? Lagipun sekarang ni pelapik kalis air ni ada jual di kedai-kedai online. Mudah dah tu.

Tips 3

Galakkan anak membuang sebelum tidur.

tips-potty-training-waktu-malam

Ni perkara utama yang biasanya mak ayah terlupa. Mula-mula mungkin agak sukar. Tapi lama kelamaan lebih mudah. Sebenarnya ada kajian yang mengatakan anak lebih lena tidur jika pundi kencing mereka kosong.

Tips 4

Kejut anak bangun pada waktu tertentu yang dia kerap kencing.

tips-potty-training-waktu-malam

Hah yang ni kekadang mak ayah pun terlajak juga kan. Macam tips yang pertama tadi, lepas kita buat pemerhatian pada waktu bila anak kencing, jadi kali ni kita kejutkan mereka pula untuk ke tandas. Jika perlu, boleh setkan alarm. Nanti dah biasa, anak tu sendiri akan bangun dan ke tandas.

Tips 5

Jika anak masih menyusu botol, berikan mereka 2 jam sebelum tidur.

tips-potty-training-waktu-malam

Eh kenapa pulak kena 2 jam. Diorang ni biasanya sebelum tidur tu nak nyonyot botol tu dulu. Ni sebabnya. Bila anak diberi minum susu dalam botol 2 jam sebelum tidur, mereka akan dilatih untuk kencing dulu. Secara tak langsung, pundi kencing mereka dah kosong dan risiko untuk terkencing malam akan berkurang.

Tips 6

Kurangkan kafein dalam diet anak.

tips-potty-training-waktu-malam

Eh anak minum kopi ke sebelum tidur. Dah tentulah tidak. Tapi biasanya anak-anak ni akan minum air koko, coklat semua tu. Air koko dan coklat ni ada kandungan kafein sebenarnya.

Kafein bersifat diuretik. Ini akan menyebabkan badan kita mengeluarkan air lebih banyak. Jika si manja kita diberikan minuman berkafein sebelum tidur, boleh bayang tak apa yang bakal terjadi? Lebih kerap kencing malam dan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Tips 7

Beli seluar dalam dan cadar kegemaran anak

tips-potty-training-waktu-malam

Hah yang ni ada tricky sikit. Anak kecil bila suka sesuatu barang tu, diorang akan sangat sayang. Kat sini ibu ayah kena main psikologi dengan berbual dengan anak. Bagitau mereka seluar dalam atau cadar kegemaran mereka ni kena sentiasa bersih. Tak boleh kotor kena kencing.

Kalau kena kotor atau terkencing, seluar atau cadar tu tak dapat dipakai lagi. Kena cuci dan keringkan. Lama kan nak tunggu. Jadi, diorang kena pastikan yang diorang takkan kencing dalam seluar atau atas cadar tu lagi

Tips 8

Carta sticker dan ganjaran positif

tips-potty-training-waktu-malam
Contoh carta ganjaran

Untuk yang ni kita boleh gunakan kalendar. Belikan sticker yang mereka suka dan bila hari mereka tak kencing malam, diorang boleh letak sticker tersebut pada kalendar.

Mungkin jika dalam masa seminggu hingga sebulan tu dia berjaya tak kencing malam, ibu ayah bolehlah fikirkan hadiah istimewa. Sekurangnya dia tahu usaha dia ni dihargai ibu dan ayah.

Tips 9

Sabar dan konsisten.

tips-potty-training-waktu-malam

Tips ni terpakai untuk ibu dan ayah. Biasanya untuk permulaan tu terkucil tu memang la jadi kan. Ibu ayah kenalah banyakkkk sabar dan teruskan. Jangan dimarahi anak tu. Cuma mungkin boleh dikenakan denda ke macam tak boleh letak sticker, hanya main di dalam rumah untuk hari tersebut. Dan esoknya teruskan misi seperti biasa.

Semoga tips di atas membantu ibu ayah kat luar sana untuk potty train anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge