RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS

Rawatan Batuk dan Selesema Semulajadi dengan Buah Nanas

Batuk dan selesema antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan

RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS
Seksa menahan batuk

Batuk dan selesema antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan lama, pesakit akan rasa kurang selesa dan persekitaran turut akan terganggu. 

Secara semulajadi, selesema dan batuk merupakan mekanisme pertahanan diri yang biasa berlaku untuk mencegah jangkitan kuman. Di dalam terminologi perubatan, batuk didefinisikan sebagai tindak balas refleks yang distimulasikan oleh keradangan pada permukaan mukosa pernafasan di saluran paru-paru dan tekak. Batuk tidak akan merosakkan paru-paru malah ia membantu membersihkan paru-paru dan saluran udara anda daripada bendasing yang telah memasuki rongga hidung dan tekak melalui tindakan refleks tersebut.  

RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Punca Batuk dan Selesema

Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca batuk. Ia boleh menjadi faktor luaran persekitaran mahupun asbab diri sendiri. Di sini saya senaraikan 3 punca utama batuk dan selesema

Punca 1 – Jangkitan Virus

RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS

Penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.

Punca 2 – Alahan

RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS

Anda mungkin juga diserang selesema dan batuk disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Kebiasaanya mereka yang mempunyai masalah dengan alahan ni juga mempunyai masalah kesihatan athma

Punca 3 – Cuaca/ Suhu yang agak melampau

RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS

Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

Simptom Dan Tanda Jangkitan

Tanda awal selesema akan berlaku apabila kerongkong mula menjadi kering dan sakit, badan menjadi lemah dan berasa seram sejuk serta diikuti oleh simptom-simptom seperti berikut :

  • Hidung berair : biasanya cecair berwarna jernih, diikuti dengan pengeluaran mukus yang lebih pekat dan likat.
  • Penyumbatan hidung : berlaku disebabkan iritasi dan pembengkakan salur darah. Ini akan menyebabkan penyempitan saluran hidung dan pengeluaran mukus akan menyebabkan pesakit bersin.
  • Batuk : berlaku akibat iritasi pada faring. Pada peringkat awal, batuk biasanya kering dan tidak berkahak. Peringkat seterusnya, kongesi bronkus yang teruk akan menyebabkan batuk yang teruk dan berkahak. Bagi kanak-kanak pula, berlaku peningkatan suhu badan, hilang selera makan serta muntah apabila ia mula batuk.
  • Sakit telinga : berlaku akibat penghasilan mukus di belakang gegendang telinga menyebabkan sakit telinga dan deria pendengaran terganggu serta berkurangan deria rasa dan bau.
  • Sakit kepala : berlaku akibat radangan dan kongesi terhadap saluran hidung dan sinu

Kebanyakan batuk dan selesema adalah tidak bahaya. Rawatan di rumah boleh dilakukan. Minum air kosong yang banyak antara salah satu cara untuk mengurangkan simptom batuk.

Tapi hari ni saya nak kongsikan bagaimana BUAH NANAS membantu dalam merawat batuk secara semulajadi

Bagaimana Nanas Membantu Merawat Batuk?

NANAS 5 KALI LEBIH BERKESAN BERBANDING UBAT BATUK

Melalui sumber daripada laman web preventdisease.com, sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal “Der Pharma Chemica” pada tahun 2010 mendapati buah nanas digunakan sebagai salah satu bahan asas dalam merawat penyakit tuberkulosis, bronkitis, dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan dengan batuk dan selsema.

Dalam kajian berikutnya, para saintis terbabit membandingkan pula keberkesanan jus nanas dengan ubat batuk. Hasilnya, mereka mendapati pesakit yang mengambil jus nanas ini sembuh 4.8 kali lebih cepat berbanding mereka yang mengambil ubat batuk. Oleh kerana nanas adalah daripada sumber semulajadi, maka ianya sesuai diberikan kepada orang dewasa mahupun anak-anak kecil yang berusia 6 bulan ke atas.

RAWAT-BATUK-SEMULAJADI-DENGAN-NANAS

Sebagai alternatif untuk bayi di bawah umur setahun, madu boleh juga digantikan dengan air zam-zam atau minyak habbatus sauda perahan tanpa haba (sejuk). Kaedahnya sama seperti penyediaan jus nenas dengan madu, cuma gantikan madu dengan minyak habbatussauda atau air zam-zam. Ia juga dapat memberi tindakbalas yang positif jika diamalkan berterusan ketika diserang batuk.

Untuk bayi di bawah 6 bulan,saya suka nak cadangkan agar menggunakan Balm CF Rub. Sapukan Balm CF Rub pada dada dan bahagian belakang serta tapak kaki turut membantu mengurangkan batuk. Balm yang dihasilkan dari minyak pati tumbuhan Tea Tree, Orange dan Eucalyptus ternyata mujarab dalam menguatkan imun bayi. Dan seterusnya membantu memulihkan masalah batuk dan selesema bayi anda.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

wannur.com

Atau anda juga boleh klik sahaja icon ini untuk pembelian terus secara online

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge