tips anak nakal

Tips Menangani Anak Nakal

Bila anak dah mula membesar, mudah je rasanya. Bahagia bila mereka dah mula pandai menguruskan diri mereka sendiri. Namun ada masanya, mereka mula berkelakuan tidak seperti yang kita

Bila anak dah mula membesar, mudah je rasanya. Bahagia bila mereka dah mula pandai menguruskan diri mereka sendiri. Namun ada masanya, mereka mula berkelakuan tidak seperti yang kita harapkan. Biasakan kita dengar ibu ayah merungut tentang “ANAK NAKAL“.

Secara peribadi, kanak-kanak yang nakal adalah mereka yang kreatif dan bijak.

tips anak nakal
Anak yang kreatif memang sentiasa berfikir untuk cuba sesuatu yang baru.

Anak kreatif memang sentiasa berfikir mencuba sesuatu yang baru. Namun perbuatan mereka tu seringkali disalah tafsir oleh ibu dan ayah. Sebab itulah adakala kenakalan mereka menyebabkan ibu atau ayah mula “naik angin”.

Apa Penyebab Anak Nakal?

Sedih betul kita nasihat anak-anak, namun kadang-kadang tak jalan pun. Apakah dengan cara marah atau memukul boleh jadi penyebab anak nakal? Jawapannya YASelalu memarahi dan memukul anak boleh jadi penyebab anak nakal.

Jika ibu dan ayah memarahi anak,  ia menjadi penyebab anak nakal kerana kemarahan otak reptilianya semakin aktif lantas anak itu akan bersikap lebih nakal dan sukar nak dikawal. Jadi di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk menangani anak-anak yang nakal ni

Tips Untuk Menangani Anak Nakal

Tips 1 ~ Pergi ke arah mereka

tips anak nakal

Biasanya kita cenderung untuk menjerit memanggil nama mereka jika kita ternampak mereka melakukan perkara yang salah. Sebenarnya ia menyebabkan anak akan makin jauh dari kita. Mereka rasa takut dan dan lebih marah dengan cara kita tu.

Apa kata selepas ni, kita ubah sedikit teknik kita. Kali ni jika mereka membuat nakal, kita bergerak ke arah mereka, bercakap-cakap dengan lembut dan memberitahu perkara yang mereka lakukan adalah satu kesalahan. Nada suara yang rendah sebenarnya lebih didengari berbanding nada suara yang tinggi.

Tips 2 ~ Selalu mengulang nasihat

Komunikasi yang berkesan antara ayah dengan anak

Lazimnya kita beri nasihat jika dah buat salah. Bila jadi macam ni, ia disalah anggap sebagai membebel. Bila membebel ni otak mereka susah nak menerima apa yang nak kita sampaikan.

Jadi selepas ini, sentiasa menasihati mereka walaupun ketika mereka sedang bergembira. Malah ia lebih baik kerana lebih mudah diterima dan dipatuhi. Setiap kali selepas bermain, atau mandi atau sebelum tidur, jangan pernah jemu menasihati kelakuan mereka.

Tips 3 ~ Bercerita

Sesi bercerita mampu merendahkan kenakalan anak kita

Selalu bercerita dengan anak-anak, terutamanya kisah-kisah teladan mampu membuat mereka berfikir dan mengurangkan darjah kenakalan mereka. Bila bercerita, ibu dan ayah boleh kaitkan sekali dengan hidup seharian anak-anak. Dari situ mereka dapat membuat penilaian mereka.

Biasanya sesi bercerita ni dibuat sebelum tidur. Ambil setengah jam sebelum tidur dan bacakan kisah-kisah murni untuk mereka jadikan contoh.

Tips 4 ~ Sentiasa berwudhuk dan berdoa

tips anak nakal

Ajar anak-anak agar sentiasa dekat dengan Allah, Maha Pencipta. Ibu bapa haru sentiasa berdoa agar diberi kemudahan dalam mendidik anak-anak. Amalkan ayat pelembut hati atau zikir Ya Latif setiap hari agar anak mudah menerima nasihat dan mendengar cakap

Tips 5 ~ Mohon bantuan pihak ketiga

Cucu lebih rapat dengan atuk.

Jika di sekolah, mintalah bantuan dari guru. Jika di rumah dan kemarahan tidak dapat dikawal, mohon bantuan suami atau ibu ayah yang tinggal bersama.

Kenapa perlunya orang ketiga? Kerana adakala anak kecil ni dah lali dengan segala tindak tanduk ibu yang setiap hari melakukan perkara yang sama. Jadi jika ada orang lain yang cuba mendekati mereka, reaksi berbeza akan diperolehi. Dan tidak mustahil, anak akan lebih menurut kata pihak ketiga tu.

Tips 6 ~ Ambil masa sendiri

Cara atasi anak nakal

Adakalanya ibu atau ayah sangat marah dan merasa geram dengan kelakuan anak. Maka jalan terbaik adalah untuk menyendiri. Menyendiri untuk meredakan marah dan geram tadi. Sambil menyendiri, boleh sapukan Balm Calmtime pada titik nadi. Minyak pati tumbuhan dalam Calmtime mampu memberi ketenangan dan secara tak langsung, ibu dan ayah akan lebih cool dan rasional bila berhadapan dengan anak-anak.

Jadi harapnya dengan perubahan yang kita ibu bapa ni lakukan, akan mengurangkan kenakalan anak-anak kita semua. Walau apapun, perjalanan mendidik anak-anak ni memang perlukan kesabaran. In shaa Allah anak-anak adalah pelaburan akhirat terbaik buat kita.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

wannur.com

Atau anda juga boleh klik sahaja icon ini untuk pembelian terus secara online

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge