bayi mudah tidur dengan sleep pillow mist spray tidur

Sleep Pillow Mist Spray Tidur Untuk Lebih Lena

Setiap malam memang menjadi igauan bila mak yang ada anak kecil yang suka berjaga ni. Bila mak ayah dah letih seharian, tetiba si kecil ajak bermain pula di

Setiap malam memang menjadi igauan bila mak yang ada anak kecil yang suka berjaga ni. Bila mak ayah dah letih seharian, tetiba si kecil ajak bermain pula di waktu tengah malam. Memang jadi mimpi ngeri la gitu.

Tapi alhamdulillah, bila Tasneem Naturel kini ada penyelesaiannya. Semburan cecair untuk bagi mudah tidur serta membantu tidur lebih lena. Dihasilkan dari bahan semulajadi yang pasti selamat dan tiada bahan kimia berbahaya.

Ramai yang sangsi apa bahan yang ada dalam Sleep Pillow Mist ni. Siapa ada yang kata letak dadah la, letak ubat tidur la, letak ubat penenang la. Takde apa yang bahaya pun dalam produk Sleep Pillow Mist ni. Takkan la kami ibu-ibu ni tergamak nak jualk produk yang bukan-bukan untuk si kecil kami kan.

Bahan dalam Sleep Pillow Mist

Meh nak cerita panjang, Sleep pillow mist ni sebenarnya dihasilkan dari 3 bahan utama sahaja diulangi 3 bahan sahaja iaitu:
a) Air
b) Minyak lavender
c) Minyak tea tree

Bagaimana Sleep Pillow Mist ni membantu untuk tidur lebih lena? Hah, di sinilah peranan bahan di dalam Sleep Pillow Mist tu. Yang sangat membantu dalam memastikan anak tidur lena adalah cik Lavender.

Lavender membantu memberi rasa tenang dan relaks pada saraf . Ia memperlahankan aktiviti sistem saraf. Selain itu, ia meningkatkan mood untuk bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur. Di samping itu, lavender juga berperanan dalam meningkatkan kualiti tidur, memberi kesan mood yang lebih stabil di samping meningkatkan daya fokus.

Masalah tidur ni bukanlah semata-mata tidur lambat. Adakala senang terjaga tengah malam pun ada jugak berlaku. Dah terjaga, susah nak tidur. Bila nak tidur, dah subuh pulak kan. Takpun, tidur tapi tak lena. Bila tidur tak lena, otak dan badan tak betul-betul rehat lagi. Otak tak cukup rehat, memang jadi letihlah.

Yang bagusnya, dalam Sleep Pillow Mist ni bukan ada lavender je untuk memberi kesan tenang, tapi ada juga minyak Tea tree. Nak buat apa minyak Tea Tree ni pulak kan? Jom kita baca apa kebaikan minyak Tea Tree ni.

Minyak tea tree ni biasanya dijumpai banyak dalam produk kosmetik seperti pencuci muka mahupun produk nyah jerawat. Ia merupakan salah satu bahan antibiotik terbaik. Minyak tea tree turut dikenali sebagai minyak pertolongan cemas. Ia bertindak dan berkesan merawat jangkitan virus dan bakteria. Mereka yang ada masalah flu dan selsema ringan, sangat sesuai menggunakan minyak tea tree ni.

Gambarajah di atas menunjukkan perbezaan saiz Sleep Pillow Mist ini. Sebelum ni pihak Tasneem berikan Sleep Pillow Mist ni dalam bentuk sampel yang kecil. Kini Sleep Pillow Mist telah dikeluarkan dalam versi baru dengan isian 60ml yang lebih besar.

Siapa Pengguna Sleep Pillow Mist?

  • Tentunya bayi dan kanak-kanak yang tidak tentu waktu tidur dan jaga.
  • Selain itu, ibu ayah yang dewasa pun boleh dan sangat sesuai menggunakan Sleep Pillow Mist ni.
  • Mereka yang ada masalah insomnia boleh ikhtiar dengan spray tidur ni ye.

Cara Penggunaan Sleep Pillow Mist

Sleep pillow mist atau spray tidur ni boleh digunakan dengan cara menyembur sahaja mist tersebut pada bantal atau alas tidur anak kecil kita tu. Bagi yang menyusu badan, semburan boleh dilakukan pada baju atau pakaian ibu. Waktu nak menyemburkan Sleep Pillow Mist ni dah tentulah pada waktu si kecil dah mula menunjukkan tanda mengantuk tetapi masih lagi nak berjaga.

Ada kalanya, sesetengah anak kecil tiada tanda nak tidur, tapi untuk membetulkan jadual tidur mereka, semburan boleh dilakukan setengah jam sebelum waktu tidur yang kita mahukan. Lakukan secara rutin sekurangnya seminggu. In shaa Allah akan nampak kesan yang baik.

Perlu diingat yang Sleep Pillow Mist ni bukanlah ubat tidur. Guna sekali dua wajib berkesan, takkkk sekali-kali tidak. Mungkin ada yang guna sekali berkesan, tapi ada juga yang kena guna berkali-kali baru nampak keberkesanan. Produk natural biasanya amik sedikit masa untuk sesuai dengan pengguna.

Testimoni

Sarah, thanks tau. Best sangat SPM nie, hahaha tenang jiwa raga aku. Sebelum tidur, dah sembur-sembur bau lavender. Lentok terus lepas tu. Menenangkan jiwa bau lavender tu

Customer adalah seorang cikgu yang sedang meneruskan pelajaran ke Master

Saje nak share sini laaa.
Tadi mata mengantuk tapi payahnya nak tidur. Last spray je pillow mist ni kat bantal anak-anak dan bantal sendiri

Bau lavender yang sedap sangat tu tak dan 5 minit semua lena. Cukup tidur akan bangun sendiri tanpa anak meragam. Perghhh power la sleep pillow mist ni. Tak cuba tak tahu

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya

wannur.com

Anda juga boleh klik sahaja icon ini untuk pembelian terus secara online

wannur.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge