Sembelit

Dalam seminggu berapa kerap agaknya korang membuang air besar? Setiap hari ke? Atau seminggu beberapa kali sahaja? Jika jawapannya setiap hari maka korang boleh dikategorikan sebagai mereka yang

Dalam seminggu berapa kerap agaknya korang membuang air besar? Setiap hari ke? Atau seminggu beberapa kali sahaja? Jika jawapannya setiap hari maka korang boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai usus yang sihat. Kemudian, adakah semasa proses pembuangan tu korang rasa sakit atau rasa biasa sahaja.

Kebanyakan orang menganggap sembelit adalah sejenis penyakit. Namun sebenarnya ia adalah sejenis gejala disebabkan corak pemakanan dan gaya hidup kita. Sembelit boleh didefinisikan sebagai kesukaran untuk membuang air besar serta kekerapan proses pembuangan itu berlaku.

“Kekerapan tabiat membuang air besar yang normal adalah kurang daripada tiga kali dalam sehari atau lebih tiga kali dalam seminggu. Jika tabiat buang air besar berlaku kurang daripada tiga kali seminggu, ia boleh dikategorikan sebagai sembelit dan lebih tiga kali sehari dianggap cirit-birit.”

Dr P Rajesh Kumar

Tanda-tanda Sembelit

Sembelit boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan bangsa. Kebiasaannya tanda-tanda sembelit adalah seperti di bawah:

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Bentuk Najis

Jadual di atas menunjukkan jenis dan bentuk najis. Najis yang normal berbentuk sosej manakala ia dikeluarkan dalam tekstur yang lembut seperti mentega kacang. Warna najis yang normal pula ialah daripada coklat kepada kuning keemasan. Apabila najis bertukar warna kepada hitam atau hijau ia menunjukkan najis tak normal.

Najis berwarna hitam seperti rambut kebiasaannya mengandungi darah jika hijau bermaksud ada kuman. Namun, tidak semestinya najis berwarna hijau itu tidak normal kerana ada kalanya ia berlaku apabila individu itu banyak makan sayur. Perkara ini mungkin agak menjijikan namun ia sangat penting kerana ia boleh mengganggu kualiti hidup kita.

Punca Sembelit

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Cara Pencegahan dan Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Jadi sebenarnya, masalah sembelit ni bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Namun jika semakin kritikal, ia juga tidak boleh dipandang mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge