Kisah Anas Zikry – Rheumatic Carditis Fighter (Siri 1)

Ini merupakan perjalanan kisah Anas sejak hari pertama ia didiagnos dengan RHEUMATIC CARDITIS pada tahun 2014. Setelah 4 tahun alhamdulillah keadaan Anas semakin sihat. Nantikan siri berikutnya dalam

Ini merupakan perjalanan kisah Anas sejak hari pertama ia didiagnos dengan RHEUMATIC CARDITIS pada tahun 2014. Setelah 4 tahun alhamdulillah keadaan Anas semakin sihat. Nantikan siri berikutnya dalam Kisah Anas Zikry

Maaf buat pembaca sekalian. Sebelum ni sibuk bebeno kak long mengaktifkan fb dan baru cuba-cuba berinstagram (walhal orang lain dah lama dah). Macam-macam nak cerita sebenarnya bermula April 2014 hingga ke hari ini. Nanti kak long susun baik-baik ceritanye ye.

Tapi pada Siri 1 ini, kaklong nak perkenalkan dulu hero sulung kaklong ni.

Anas Zikry 8 bulan

Anas Zikry dilahirkan pada 20 November 2007. Alhamdulillah selepas keguguran kali pertama dan penantian dalam 3 bulan selepas gugur, kami dikurniakan berita gembira ini. Anas merupakan anak sulung kami berdua dan bagi pihak keluarga kaklong, Anas adalah cucu sulung.

Sepanjang kehamilan tiada masalah kesihatan cuma kaklong disahkan menghidap kencing manis ketika mengandung atau bahasa kedoktoran dipanggil GDM. Kaklong disahkan ada GDM ketika itu usia kandungan telahpun menghampiri 28 minggu. Berbaki 12 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin. Selain GDM, kaklong tiada masalah kesihatan lain. GDM ni pun tidaklah kronik dan hanya pemantauan diet dan bacaan gula selepas makan atau BSP diambil.

Anas lahir tidak cukup bulan. Mengikut kiraan asal, tarikh Anas bakal dilahirkan adalah pada 22 Disember 2007. Namun Anas lahir awal 5 minggu pada minggu ke-35.

Tentu ramai tertanya-tanya kenapa Anas lahir tidak cukup bulan kan? Okay, kaklong sebenarnya agak aktif sepanjang mengandungkan Anas. Memang tak boleh duduk diam. Masa di kilang waktu bekerja pun, memang aktif meronda seluruh kawasan dan membuat pemantauan. Dek kerana keaktifan itu, air ketuban mudah pecah.

Masa air ketuban pecah tu, kebetulan kami (kaklong dan suami) baru balik bershopping dan niatnya nak deko dan kemas ruang tamu. Ketika sedang mengemas tu lah, air ketuban pecah dan malam tu kami terus bergegas ke hospital.

Memandangkan air ketuban masih keluar, doktor terus menahan kaklong di bilik bersalin. Suntikan untuk kuatkan paru-paru turut diberikan. Kaklong dipaksa (induced) bersalin kerana jika tidak, risiko jangkitan kuman pada Anas akan berlaku. Selepas 24 jam, alhamdulillah, setelah diinduced dengan pethidine, barulah rasa kontraksi lebih kuat dan Anas lahir normal.

Anas lahir dengan berat 3.6kg. Untuk kes kaklong yang ada GDM, baby besar ni dikenali sebagai makrosomia. Walaupun berat dan bersaiz besar, namun Anas tetap dikira bayi pramatang disebabkan usia kandungan kurang 36 minggu. Anas perlu ditahan di wad untuk pemantauan tahap gula. Syukur sebab masa tu Anas memang tiada masalah dan tahap glukosa Anas pun normal.

Perkembangan Anas Alhamdulillah sejak lahir memang tiada masalah yang luar biasa. Dan ia berterusan sehingga usia Anas 8 tahun. Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah follow tulisan kaklong ni ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge