membantu masalah anak tantrum

Mencegah Anak Dehidrasi Ketika Cirit-birit

Akhir Jun haritu, masa kami dalam perjalanan balik ke Manjung, anak-anak muntah dan cirit birit. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu entah berapa kali agaknya kami berhenti. Perjalanan yang

Akhir Jun haritu, masa kami dalam perjalanan balik ke Manjung, anak-anak muntah dan cirit birit. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu entah berapa kali agaknya kami berhenti. Perjalanan yang biasanya amik masa 4-5 jam jadi 8 jam lebih kurang.

Mula-mula ingatkan tersilap makan rupa-rupanya anak bujang 2 orang ni tak makan sepanjang hari tu. Hanya ambil sarapan dan sebelum kami bergerak balik tu, diorang makan seketul ayam sorang satu. Mana la tak masuk angin. Adik 2 orang tu Alhamdulillah maintain je. Yang bujang ni bila ibu dia takde, mulalah asyik main. Rasanya nenek diorang pun dah tak upaya nak bebel suruh makan. Mana la tak muntah-muntah dan cirit birit kan.

Biasanya kalau anak yang cirit birit dan muntah-muntah ni, mesti dia keletihan dan nampak lemah je. Punca utama adalah kerana dehidrasi. Bila cirit-birit dan muntah berlaku, banyak air yang dikeluarkan dari badan. Selera makan dan minum juga berkurang.

Biasanya apa yang ibu ayah buat ye? Boleh ke kalau kita nak berikan air tenaga atau air glukosa pada si kecil yang sedang cirit-birit. Ni kaklong kongsikan apa pendapat seorang doktor muda yang mempunyai seorang anak perempuan comel.

Jemput baca ye.

Rasa perlu share dengan mommies semua pasal, kebetulan air glucose yang sepupu beli ni, sebab di suggest oleh adik yang bekerja di kedai farmasi untuk merawat cirit birit baby yang berumur setahun.

.
Air glucose ni memang famous, ada jual kat mana-mana tapi tak sesuai untuk diberikan waktu cirit birit, lebih lagi jika anak yang cirit berumur bawah 3 tahun. Jadi, parents kena bijak pilih mana yang sesuai untuk anak. Kalau tak pasti, boleh bertanyakan pada pegawai farmasi di farmasi berkenaan jika ada.

.
Kalau kita ke klinik/hospital, kebanyakan pesakit akan diberikan Oral Rehydraton Salt (ORS) oleh doktor. ORS mungkin ada banyak brand dan boleh di beli sendiri di farmasi kesihatan di luar. Tapi yang perlu kita tahu adalah kandungan ORS aaamattttlah sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ibu bapa perlu faham, bila anak cirit birit atau muntah – dan jika berterusan, badan anak bukan saja boleh jadik kurang air, tapi kekurangan garam dalam badan.

.
Kebanyakan parents fikir ORS dapat menghentikan cirit-birit anak, tapi tanggapan tu sebenarnya salah tau. Fungsi ORS sebenarnya adalah untuk menggantikan air dan garam yang banyakkk hilang dari badan waktu anak cirit birit. Bila dilarutkan dalam air, molekul-molekul garam dan sebagainya sangat lah senang untuk diserap oleh usus yang waktu tu sedang dalam keadaan ‘tak sihat’. Plus point, ORS jugak ada percentage amount of sugar untuk bekalkan tenaga.

.
Berbalik pada air glucose/ air tenaga yang dibeli di farmasi. Air glucose/ air tenaga ni sebenarnya elok jugak untuk hydration dan dia bagi instant energy kepada peminum. Even saya pun pernah minum waktu kami dalam tournament hoki zaman sekolah dulu. Cuma perlu tahu, air glucose/ air tenaga tidak sesuai diberi kepada bayi lebih lagi yang berumur 3 tahun ke bawah.

Kandungan air glucose hanya lah pure glucose dan tidak mengandungi garam yang lain. Kalau di berikan kepada anak yang sedang cirit-birit, air yang mengandungi pure glucose boleh menyebabkan cirit birit anak semakin teruk. Kerana sifat osmotic pure glucose ni menarik lebih banyak air ke dalam usus dan memburukkan lagi keadaan cirit birit tu.

.
Jika anak sedang cirit birit, ibu ayah boleh mengambil langkah di bawah:

  • 1) Teruskan pemberian susu badan bagi yang menyusu/ susu formula.
  • 2) Tidak perlu tukar kepada susu tanpa laktosa (melainkan diarahkan oleh doktor).
  • 3) Berikan ORS mengikut sukatan yang telah disarankan.
  • 4) Jangan cairkan susu formula bayi.
  • 5) Banyakkan makanan bersup untuk kanak-kanak.
  • 6) Kenal pasti tanda-tanda bahaya/ kekurangan air pada anak contohnya:
  • – menangis tanpa air mata
  • – terlalu lemah dan tidak aktif
  • – mata anak cengkung
  • – ubun bayi berlekuk ke dalam
  • – anak langsung tak boleh minum/ makan

Ibu bapa perlu segera bawak anak ke hospital jika ada tanda-tanda seperti di atas tau!

Selain dari yang di atas, jika anak ada masalah cirit birit, ibu ayah pun boleh cuba menyapukan balm T Rub pada perut bayi. Sapuan nipis beberapa kali pada bahagian perut dan betis serta tapak kaki bayi juga membantu dalam mengurangkan kekerapan bayi cirit.

Minyak pati halia, serai dan fennel yang ada di dalam Balm T Rub Tasneem Naturel membantu mengurangkan simptom cirit birit bayi.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge