Ambil Lozenges atau Gula-gula Batuk Untuk Hilangkan Batuk Ketika Hamil

Biasanya masa hamil ni, ibu hamil memang mudah diserang dengan demam, selsema dan batuk. Ibu hamil adalah antara mereka yang dikategorikan sebagai golongan berimuniti rendah. Oleh sebab itu, mereka ni mudah diserang

Biasanya masa hamil ni, ibu hamil memang mudah diserang dengan demam, selsema dan batuk. Ibu hamil adalah antara mereka yang dikategorikan sebagai golongan berimuniti rendah. Oleh sebab itu, mereka ni mudah diserang dengan pelbagai penyakit berjangkit.

Apa itu lozenges dan fungsinya

Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat. Ia mengandungi satu atau lebih ubat-ubatan biasanya berperisa manis. Fungsi lozenges adalah untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak. Bahasa biasa ia dipanggil gula-gula batuk.

Bahan aktif yang terkandung dalam lozenges memberi fungsi yang berbeza-beza. Setiap jenama dan jenis lozenges juga mempunyai bahan aktif yang tidak sama. Bahan-bahan aktif ini memberi kesan seperti kesan analgesik, anestetik, antiseptik, antimikrobial dan antitusif.Bentuk lozenges yang berada di pasaran

Terdapat 2 jenis lozenges di pasaran iaitu lozenges yang dihasilkan melalui proses pembentukan (moulded) dan pemampatan (compressed).

Bagaimana ia bertindak

Lozenges bertindak dengan melarut perlahan-lahan apabila dihisap di dalam mulut atau boleh juga dikunyah dan ditelan.2 Lozenges yang sering digunakan memberi kesan setempat di dalam mulut. Ia juga boleh digunakan untuk kesan sistemik jika bahan aktif itu diserap melalui lapisan dalaman mulut atau ditelan.

Jenis-jenis lozenges

Lozenges Keras

Lozenges keras biasanya dianggap pepejal seperti gula-gula. Cara pembuatannya ialah melalui pemanasan gula, bahan aktif dan bahan-bahan pembawa yang lain. Lozenges jenis keras akan larut dalam tempoh masa 5 – 10 minit di dalam mulut.

Lozenges Lembut


Lozenges lembut mudah dikompaun dan berwarna serta berperisa. Ia boleh dikunyah, ditelan atau dibiarkan cair dalam mulut secara perlahan-lahan.

Lozenges Kunyah

    
Teksturnya adalah seperti lozenges lembut. Kebanyakan rumusan terdiri daripada gliserin, gelatin, dan air.

Terdapat pelbagai jenama lozenges di pasaran. Antaranye ialah Ricola, Difflam, Strepsils, Fisherman’s Friend, Wood dan lain-lain.

Bagaimana cara menggunakan lozenges atau gula-gula batuk

Hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap. Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.

Sesuai ke lozenges untuk ibu hamil?

Antara yang biasa diberikan oleh doktor kepada ibu hamil yang batuk adalah pemberian LOZENGES. Namun adakah ia sesuai sebenarnya diambil oleh ibu yang hamil? Meh kita baca sedikit kupasan dari Dr Zubaidi Ahmad berhubung perkara ini.

Lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.

Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.

Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah selamat digunakan untuk wanita yang hamil, namun saya mencadangkan agar mengambilnya secara berhati-hati kerana belum belum ada kajian klinikal terhadap keselamatan lozenges ini apabila diambil oleh wanita yang hamil.

Pengunaan lozenges ini boleh diambil setiap 2-3 jam sekali dengan maksimal 12 tablet dalam masa 24 jam. Saya lebih mencadangkan agar wanita yang hamil mengambil air kosong yang secukupnya, menggunakan madu di awal pagi dan sebelum tidur, dan mengelakkan diri bercampur suasana yang ramai orang. Boleh gunakan pelindung hidung dan mulut.

Memang banyak alternatif di luar sana yang selamat dicuba oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah batuk. Jika tadi Dr Zubaidi memberi pendapat tentang lozenges untuk rawatan dalaman, apa kata ibu hamil di luar sana cuba pula Balm CF Rub sebagai alternatif sapuan luaran. Kandungan minyak pati tumbuhan seperti tea tree dan eucalyptus sememangnya dipercayai sangat membantu masalah batuk, selsema dan flu ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge