Bisnes Dari Rumah Sambil Bekerja

Kalau ada yang kata susah nak buat part time, sebenarnya menjalani hidup dengan kesempitan lebih susah. Kena bercatu makan. Hampir setiap hari menjenguk tempat beras, nak pastikan cukup

Kalau ada yang kata susah nak buat part time, sebenarnya menjalani hidup dengan kesempitan lebih susah. Kena bercatu makan. Hampir setiap hari menjenguk tempat beras, nak pastikan cukup sampai hujung bulan. Setiap kali isi minyak kenderaan, mencongak cukup tak bekalan ke untuk ke gaji akan datang.

Ingat dulu masa kaklong masih bekerja, kak long buat bisnes Shaklee ni memang secara sambilan. Maksudnya, urusan perniagaan hanya akan berlaku ketika luar waktu kerja. Ambil masa selepas siapkan urusan rumahtangga untuk fokus membina bisnes pula.

Dulu masa kaklong kerja kilang, selalu je ada tugasan yang perlukan kaklong outstation. Ada masa balik ikut waktu yang ditetapkan, namun selalunya terlebih la dari masa sebenar. Kekadang tu sampai ke tengah malam. Pergi sebelum subuh, tengah malam baru balik. Adakalanya kena ke luar negara berhari-hari.

Bila tiba kena audit ISO atau Food Safety atau Audit dari Pembeli Luar Negara maka kekadang santak ke malam sesorang buat kerja. Tapi dek kerana masa tu aim untuk bebas hutang PTPTN tu lagi besar maka tak ku pedulikan itu semua. Waktu rehat lepas amik anak tadika, masuk semula ke kilang.

Tak amik waktu rehat macam orang lain sebab masa rehat ni gunakan internet dari telefon (lagi laju) untuk update blog dan fb (masa tu guna buffer). Buat scheduled post untuk 3 hari sekali. Orang lain waktu rehat sempat tidur, kita waktu rehat berpeluh ketiak beratur di poslaju. Target setiap hari kena ada 1 entry blog. Jadi sebulan boleh ada 30 entry dah.

Bila pulak nak deal dengan customer. Masa rehat dan balik tu biasanya deal siap-siap nak buat penghantaran/ COD ke rumah customer. Petang selepas amik anak yang sekolah rendah terus pergi COD barang. Masa tu anak kecil kaklong hantar ke rumah pengasuh. Kekadang sampai rumah dah maghrib. Alhamdulillah dapat pengasuh yang bertimbang rasa.

Tapi satu kepuasan bila dapat tahu customer serasi dengan produk yang kita jual, income yang kita dapat mampu menutup lubang hutang silam. Memang puas dan kepuasan itulah yang membuatkan kaklong tak toleh ke belakang bila keadaan meminta untuk kaklong memilih. Ye, memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai Teknologis Makanan atau menjadi suri rumah yang bekerja dari rumah.

Cabaran memang banyak. Duduk bekerja di rumah ni pun besar cabarannya. Tapi kita ada Allah kan. Mohon padaNya agar dipermudahkan urusan dan dilancarkan urusan. Allah majikan teragung kita. Kaklong doakan jika ada ibu-ibu yang di luar sana yang berniat untuk bekerja dari rumah, moga niat kalian Allah makbulkan. Jangan gusar kerana Allah sebaik-baik perancang.

Kaklong
Ibu anak 4
Masih bertatih dalam dunia bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge